02 November 2013

KURSUS OPEOFFICE VERSI 4.0 - PERPUSTAKAAN WILAYAH SANDAKAN

TARIKH : 23 SEPTEMBER - 24 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, PERPUSTAKAAN WILAYAH SANDAKAN

Bergambar dengan ketua Perpustakawan Wilayah Sandakan

Para peserta kursus sedang asyik melayan tugasan yang diberikan.
Mengulangkaji untuk ujian yang akan dijalankan sebelum akhir kursus ini.

Peserta Tempat ke-3 untuk ujian kursus ini.

Ini pula, pemenang tempat ke-2.

Yang cantik ni menang tempat pertama bah. Tahniah !.


Posing dulu sebelum ambil ujian.

Semoga peserta yang hadir semasa kursus ini akan mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan berjumpa lagi di kursus lain. Ins sha Allah.


18 October 2013

SEMINAR BORONG EMAS KUALA LUMPUR, SARAWAK, JOHOR DAN SABAH

SEMINAR BORONG EMAS TERUS DARI KILANG.

Kenapa Bayar Mahal sedangkan anda boleh beli emas lagi MURAH?
Tidak perlu MODAL BESAR untuk menikmati HARGA MURAH.
Dengan Belian MINIMA 1 pcs, anda LAYAK menikmati HARGA KILANG.

Kepada pemborong, kedai emas, agen emas, peraih emas dan orang awam yang BERMINAT, dijemput hadir ke SESI TAKLIMAT seperti di bawah.

MASUK ADALAH PERCUMA

Kepelbagaian corak dan bentuk pada Harga Kilang.


Untuk Pendaftaran, SILA SMS : SARAWAK<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533




Untuk Pendaftaran, SILA SMS : KL<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533




Untuk Pendaftaran, SILA SMS :  JOHOR<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533




Untuk Pendaftaran, SILA SMS : LABUAN<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533




Untuk Pendaftaran, SILA SMS : KK<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533




Untuk Pendaftaran, SILA SMS : SANDAKAN<>NAMA PENUH ke 013-8 544 533



Jika ada sebarang PERTANYAAN, SMS ke 013-8 544 533 untuk MAKLUMAT LANJUT.

14 October 2013

LIKE DAN KOMEN DAPAT PERCUMA CINCIN 916 ???

AKTIVITI HARI RAYA AIDIL ADHA.


Ins sha Allah, selepas BERJAYA membuat PAJAKAN PERTAMA DI AR-RAHNU, saya ingin berkongsi sedikit rezeki dengan anda semua, pengunjung fan pages Usahawan Emas dan Perak GSR 

Pengunjung yang terakhir membuat komen, akan dapat SEBENTUK CINCIN.




Itu sahaja? Ya itu sahaja.
Mula : Malam ini.
Tamat : Terpulang kepada ADMIN.

Syarat :
1) LIKE fan page Usahawan Emas dan Perak GSR, http://www.facebook.com/MyGSR4U
2) Jemput minima 5 rakan ke fan pages ini. Kemaskini.
3) Komen apa sahaja yang anda tahu pasal emas dan perak.
4) Elakkan dari memberi NEGATIF/BERBAUR POLITIK. Saya tidak BERTANGGUNGJAWAB terhadap komen yang negatif atau berbaur politik anda.

APA TUNGGU LAGI, KOMEN ANDA KAMI HARGAI. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


09 October 2013

SEKALUNG TAHNIAH BUAT CEO GSR

                       

ANUAR A.RAHMAN - PENGARAH URUSAN GOLD SILVER RESOURCES (M) SDN BHD

Nama saya Anuar A. Rahman berasal dari Perlis. Kepakaran saya membekal emas dan perak dengan harga borong yang pastinya harga luar biasa murahnya.

PERSEPSI SEBELUM & SELEPAS HADIR

Saya ni nak jual, jual promosi sahaja. Mungkin ilmu saya lebih daripada yang itu. Tetapi bila saya pergi ke sana yang niat saya sebenarnya dah salah, rupanya saya pergi itu banyak ilmu yang saya dapat dari segi apa yang saya tidak pelajari. Bila saya pergi itu, saya dapat satu tip, walaupun banyak tip yang diberi, jangan “hard sell” iaitu jual-jual. Saya mungkin lebih kepada “sharing” sahaja. Kenapa perlu menyimpan? Kenapa perlu simpan emas berbanding aset-aset yang lain? Kepentingan emas dan sebagainya.

So, bila orang sedar tentang kepentingan emas itu, secara automatik akan tukar kepada belian sebab orang yakin tentang produk itu. Jangan jual, sebab orang tak faham tentang produk apa yang kita jual. So, kalau anda tidak ada modal pun tetapi anda ada idea “marketing” dan sebagainya, anda boleh berniaga jika anda bijak! Modal bukan satu factor untuk memastikan orang itu berjaya ataupun tidak. Contohnya, saya berikan anda RM1 juta. Kalau anda tidak pandai membuat “marketing”, anda akan lingkup. Esok pun lingkup. Tetapi saya bagi anda RM1 dan anda pandai membuat “marketing”, anda boleh dapat RM10. 100%!

Sebelum saya menyertai, sebulan lebih kurang dalam jutaan ringgit sahaja. Selepas saya menyertai dalam tempoh 3 bulan, rasanya total daripada itu dah hampir RM16 juta jualan.

CADANGAN KEPADA PENONTON DAN PENDENGAR

Pertama sekali dari segi nasihat saya kepada usahawan-usahawan kecil di luar sana, tak kisah yang kecil atau besar, yang tidak berniaga pun, saya sarankan anda perlu hadir. Anda diberikan pelbagai tip. Pertama, yang hadir secara percuma, memang anda dapat ilmu, banyak ilmu. Bagi yang pergi Advanced lagi banyak ilmu yang akan anda dapat. Pastinya dengan nilai yang anda “advice”kan itu berbaloi-baloi anda dapat.


Mardi Marijo
Crown Dealer GSR
013-8 544 533

07 September 2013

Minyak Naik VS Emas Naik

Minyak Naik VS Emas Naik.... fighttttt !!!

Sekarang duit kertas jatuh menjadikan harga emas tinggi....

Jika harga emas melakukan 'comeback' jadi xmustahil rm500/gram dalam jangkamasa lebih singkat dari jangkaan....

Minyak naik duaposen ramai komplen marah org lain, tapi bila emas naik ramai kesal lalu komplen marah diri sendiri....

"aduiii rugi x simpan awal2 dulu..."




Ni satu pandangan yang saya perolehi dari sahabat fb. Prof. Saidfudin.


The Brutal Truth..
I enjoyed d awakening call by many by 'economist' n amazed on d level of awareness my fellow Malaysians has.
Some data which many may not understand is the value of our Ringgit. On Sept 2nd we hit lowest at USD/RM3.33. Bank Negara hit d alarm button. I used to pay Saudi Riyal/RM at 0.79 but now 0.884. Oooo.. RM is getting bad, hence our economy is slipping too. 
A quick check revealed that our trade deficit is getting larger. And, worst there is a record of big exodus of foreign investment from our stock market.Jittery, I am.. my dear frens; my frank advise is to start saving as much as we can !


Suka saya kongsi kan lagi pandangan dari seorang Independent Financial Advisor Tuan Alwi Adam Ezazwealth The principal for Ezaz Academy.



Saya ditanya sebenarnya apakah sebabnya harga minyak naik dan perlu pula dikurangkan subsidi untuk membetulkannya.

Adakah disebabkan kejatuhan nilai ringgit membuatkan harga minyak dunia yang kita beli naik?

Dalam rangka mencari fakta semudah yang boleh, saya hanya browse untuk mengetahui hakikat ini.

Sebenarnya dua faktor. Faktor pertama. Harga minyak pasaran dunia memang meningkat lebih kurang 14% sejak daripada May 2013. Ini seiring dengan pelbagai krisis yang melanda dunia dan ketidakstabilan politik Asia Tengah seperti Mesir dan Syria.

Mengapa saya compare dari May? Sebab itu tarikh PRU kita ketika sepatutnya kerajaan tidak perlu membuat keputusan kerana takut kalah.

Faktor kedua ialah sememangnya nlai Ringgit jatuh kerana pengeluaran keluar pelaburan dalam bentuk bon dan juga rating kredit negara yang di"downgrade" oleh Fitch Ratings.

Nilai ringgit jatuh (atau USD naik) sebanyak 12%.

Jadi situasi kombo begini begitu memberi kesan. Just do simple math. Sudah la harga naik 14%, nilai ringgit jatuh 12%. Jatuh ditimpa tangga. 

P/s: minyak naik semua susah, itu hakikat. Berjimat dan berwaspada terhadap kewangan sendiri juga satu hakikat yang perlu diterima.


Tahukah anda hari ini 6 september 2013 harga emas mentah berharga sekitar USD1380/oz manakala tukaran ringgit malaysia kepada USD pula RM3.3/1usd....

Soalan ? Sekiranya Harga Emas Hari ini Melakukan 'Comeback price' seperti tahun 2012 yang lepas pada harga USD1850/oz dengan ringgit malaysia masih kekal pada nisbah 1/3.3. Berapakah kira2 harga emas goldbar 1 gram di malaysia hari ini ???  komen jek :)

p/s :  jadi saya hanya memanjangkan nasihat-nasihat kepada pembaca post ini. jom kita mula menyimpan sekurang-kurangnya Goldbar 1 gram atau cincin 1 gram ataupun loket 1 gram.... untuk masa depan...

Sumber : www.shahdinar.com

24 August 2013

SEMINAR GSR - KEMASKINI

Assalamualaikum dan Selamat Berhari Sabtu.

Ins sha Allah, seminar Celik Emas dan Perak GSR akan diadakan lagi selepas sebulan berehat sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Seminar kali ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh   : 8 September 2013
Hari      : AHAD
Tempat : Bilik Amadeus, Bilik Seminar Tingkat 6, Sabah Hotel, Sandakan, Sabah.
Masa    : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi.

Rakan-rakan dan kenalan semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.

Sila sms kehadiran anda : Taip DAFTAR<>Nama Penuh dan hantar ke 013-8 544 533.


Jumpa anda di sana ya. Terima kasih. 

Pssssstttt!!!!...Ins sha Allah, ada cabutan CINCIN EMAS 916 PERCUMA.....




27 July 2013

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

 Assalamualaikum dan Salam Sabtu.

Pasti ramai yang sedang berehat dengan ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka(kejap ja lagi). Beberapa rakan saya bertanyakan mengapa PERLU SIMPAN EMAS berbanding yang lain.


1. Nilai WANG KERTAS semakin jatuh.

Saya baru sahaja kembali dari membeli belanja rumah di salah sebuah pasaraya di Sandakan, Sabah. Saya memang sering ke pasaraya ini kerana mempunyai kemudahan meletak kereta yang luas dan memudahkan pengunjung.

Saya dapati untuk jumlah barang yang sama(maklum la setiap bulan membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama), RM yang dibayar lebih TINGGI dari bulan-bulan sebelumnya. 

Saya masih ingat dahulu, sekitar tahun 80an dan 90an, dengan RM 50 sahaja, begitu banyak barang yang dapat dibeli. Kini, dengan jumlah yang sama, kuantiti barang menjadi kurang disebabkan HARGA pada barang tersebut telah MENINGKAT.

2. Harga emas SEMAKIN NAIK untuk jangka masa PANJANG.

Berdasarkan kepada rekod harga EMAS seperti pada rajah di sebelah kanan ini yang diambil dari goldprice.org, jelas menunjukkan kenaikkan harga emas.

Betul pada beberapa bulan lepas, harga emas mengalami penurunan. Namun, saya percaya, SEJARAH PASTI AKAN BERULANG.



3. Emas adalah ASET mudah CAIR.

Emas baik barang kemas, dinar atau pun gold bar amat mudah untuk dicairkan atau ditukarkan kepada bentuk mata wang lain seperti wang kertas.

Kita boleh pergi ke PAJAK GADAI RAHNU, KEDAI EMAS atau orang perseorangan untuk menukar barang kemas kita kepada wang kertas tanpa perlu mendapat kelulusan pihak lain terlebih dahulu. 

Jika ingin menukar pun TIDAK TERTAKLUK kepada MASA. Biasanya KEDAI EMAS tetap dibuka pada hari SABTU, AHAD dan CUTI UMUM. 


4. Emas TIDAK BOLEH DICIPTA atau DIMANIPULASI.

Unsur logam EMAS satu-satu unsur yang TIDAK DAPAT DICIPTA oleh MANUSIA.

Kebijaksanaan dan kepintaran para saintis MASIH GAGAL untuk menghasilkan unsur EMAS.

Sebab itu, jumlah emas yang ada pada ketika ini merupakan jumlah yang sama semenjak beribu tahun yang lalu.



5. Pelindung kekayaan terhadap INFLASI.

Apabila INFLASI berlaku, kuasa membeli semakin MENURUN, harga barang semakin MENAIK.

Pelindung = Penjaga, Melindungi
Kekayaan = harta,  duit,
Emas sifat dia menentang inflasi berbanding aset/harta yg lain.

Contohnya : Pak Abu simpan WANG KERTAS sebagai kekayaan. Apabila berlaku kemelesetan EKONOMI, berlaku INFLASI. WANG KERTAS akan mengalami KEJATUHAN NILAI. 

Jadi, adakah wang kertas tu dianggap pelindung kekayaan?


6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan.


Jika anda belum menjadikan EMAS sebagi salah satu portfolio atau bentuk simpanan, anda boleh menjadikan EMAS dan PERAK sebagai bentuk simpanan anda untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Saya? Saya menyimpan sekurang-kurangnya 1gram emas untuk persekolahan anak-anak saya di masa hadapan. Jika ada lebih, beli dan simpan lebih gram. :)


Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk rakan-rakan semua. Apa yang penting, manfaat dari perkongsian ini akan menjadi SAHAM saya bila telah tiada di dunia ini kelak. Ins shaa Allah.

Berminat untuk memulakan simpanan emas ataupun mendapatkan barang kemas yang mempunyai rekaan terkini dan MURAH + TANPA KOS UPAH, boleh hubungi saya :

Tel|SMS|Whatsapp|Viber|Line|WeChat : 013 - 8 544 533
Emel : mardimarijo@gmail.com
FB : www.facebook.com/mardi.marijo
Fanpages : www.facebook.com/MyGSR4U

Jom lawati Kedai Online Emas Perak saya : http://gsr2u.com.my/mardimarijo

Selamat Berhujung Minggu.



23 July 2013

KURSUS PROFESIONAL & KEUSAHAWAN EMAS PERAK SIRI 5





Kursus ini adalah diberikan PERCUMA kepada semua pengedar. Inilah antara kelebihan GSR, kursus yang bernilai RM 1,500.00 diberikan PERCUMA.

Kursus yang ke-5 ini merupakan yang PERTAMA kali diadakan di SABAH. Keprihatinan GSR membawa kursus ini ke Sabah bagi memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya yang tidak berkesempatan menghadiri kursus serupa di Semenanjung Malaysia.

Kepada mereka yang berminat menyertai perniagaan emas, sila SMS | Whatsapp | Viber | LINE | WeChat : NAMA<>NO TEL<>LOKASI ke 013-8 544 533.


20 July 2013

EMAS 350g utk JOHAN TILAWAH AL-QURAN 2013


KUALA LUMPUR,Julai (Bernama) — Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir Sabtu malam dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.

Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.
“Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik,” kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.
Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.
“Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini,” kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.
“Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini,” kata penjawat JAKIM ini.
Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.
Tilawah yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius.
– BERNAMA

19 July 2013

Bilakah masa yang sesuai membeli emas?

Saya mendapat beberapa pertanyaan yang hampir serupa dari rakan-rakan tentang bila masa sesuai untuk membeli emas? 

Ini antara masa yang sesuai.

i) Bila anda mempunyai WANG & KESEDARAN. Bila sampai ke tahap ini, teruslah membeli dan JANGAN BERLENGAH LAGI.




ii) Beli semasa harga emas TURUN sedikit seperti SEKARANGIni tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi. Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya, cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.

iii) Beli secara KONSISTEN SETIAP BULAN. Peruntukkan sebahagian gaji anda, sebagai contoh 20% untuk simpanan emas. Atau letakkan target 1 bulan 1 dinar/1 gram atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda.

09 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI SAYA SECARA ONLINE ATAU OFFLINE.

Semoga RAMADHAN AL-MUBARAK ini menjadi medan keberkatan REZEKI DAN USAHA PERNIAGAAN KITA AGAR TERUS MAJU DAN CEMERLANG.

Saya doakan ANDA SEMUA BERJAYA, KAYA, SIHAT, DIBERKATI DAN SELAMAT DI DUNIA & AKHIRAT.

SELAMAT BERPUASA

Ikhlas,
Mardi Marijo

07 July 2013

Seminat GSR di Sandakan

Acara : Seminar GSR
Tempat : Hotel Tyng Garden, Sandakan, Sabah
Tarikh : 30 Jun 2013 (AHAD)

Pemenang cabutan bertuah, sebentuk cincin 916 semasa seminar GSR yang lalu. 










05 July 2013

Persidangan dan Mesyuarat CIO Agensi Sektor Awam Negeri Sabah 2013

SEHARI SEBELUM PERSIDANGAN 

Sebagai Floor Manager, sedang berbincang dengan Pengacara Majlis tentang perjalanan persidangan dan mesyuarat yang bakal berlangsung.

Urusetia pulak sedang memeriksa aturcara yang bakal berjalan bagi mempastikan segalanya mengikut yang telah dirancang.

SEMASA PERSIDANGAN CIO (HARI PERTAMA)

 Puan Sumiati Salamat dari TM Malaysia sedang memberi sedikit info mengenai syarikat beliau.

Sempat posing sekejap bersama Dr Mingu Jumaan(2 dari kanan) Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, pembentang kertas persidangan, En Daniel Omardin(paling kanan) dari VMware Malaysia dan rakan-rakan dari Trend Micro Malaysia.





SEMASA PERSIDANGAN CIO (Hari Ke-2)

Floor manager yang turut menjadi pembentang kertas persidangan dengan tajuk "Perkembangan ICT Sektor Awam Negeri Sabah Wilayah Sandakan". Mula-mula getar juga kepala lutut, tapi bila "enjin sudah panas", susah rupanya mau berhenti bercakap....
Sedang menanti soalan dari para peserta yang hadir. Masa untuk bergegar pun kembali lagi, khuatir tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati para peserta yang bertanya.

Menerima cendera kenangan dari Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang juga merupakan Ketua CIO Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Joseph Guntavid.