Pasti ramai yang sedang berehat dengan ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka(kejap ja lagi). Beberapa rakan saya bertanyakan mengapa PERLU SIMPAN EMAS berbanding yang lain.
1. Nilai WANG KERTAS semakin jatuh.
Saya baru sahaja kembali dari membeli belanja rumah di salah sebuah pasaraya di Sandakan, Sabah. Saya memang sering ke pasaraya ini kerana mempunyai kemudahan meletak kereta yang luas dan memudahkan pengunjung.
Saya dapati untuk jumlah barang yang sama(maklum la setiap bulan membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama), RM yang dibayar lebih TINGGI dari bulan-bulan sebelumnya.
Saya masih ingat dahulu, sekitar tahun 80an dan 90an, dengan RM 50 sahaja, begitu banyak barang yang dapat dibeli. Kini, dengan jumlah yang sama, kuantiti barang menjadi kurang disebabkan HARGA pada barang tersebut telah MENINGKAT.
2. Harga emas SEMAKIN NAIK untuk jangka masa PANJANG.
Berdasarkan kepada rekod harga EMAS seperti pada rajah di sebelah kanan ini yang diambil dari goldprice.org, jelas menunjukkan kenaikkan harga emas.
Betul pada beberapa bulan lepas, harga emas mengalami penurunan. Namun, saya percaya, SEJARAH PASTI AKAN BERULANG.
3. Emas adalah ASET mudah CAIR.
Emas baik barang kemas, dinar atau pun gold bar amat mudah untuk dicairkan atau ditukarkan kepada bentuk mata wang lain seperti wang kertas.
Kita boleh pergi ke PAJAK GADAI RAHNU, KEDAI EMAS atau orang perseorangan untuk menukar barang kemas kita kepada wang kertas tanpa perlu mendapat kelulusan pihak lain terlebih dahulu.
Jika ingin menukar pun TIDAK TERTAKLUK kepada MASA. Biasanya KEDAI EMAS tetap dibuka pada hari SABTU, AHAD dan CUTI UMUM.
4. Emas TIDAK BOLEH DICIPTA atau DIMANIPULASI.
Unsur logam EMAS satu-satu unsur yang TIDAK DAPAT DICIPTA oleh MANUSIA.
Kebijaksanaan dan kepintaran para saintis MASIH GAGAL untuk menghasilkan unsur EMAS.
Sebab itu, jumlah emas yang ada pada ketika ini merupakan jumlah yang sama semenjak beribu tahun yang lalu.
Apabila INFLASI berlaku, kuasa membeli semakin MENURUN, harga barang semakin MENAIK.
Pelindung = Penjaga, Melindungi
Kekayaan = harta, duit,
Emas sifat dia menentang inflasi berbanding aset/harta yg lain.
Contohnya : Pak Abu simpan WANG KERTAS sebagai kekayaan. Apabila berlaku kemelesetan EKONOMI, berlaku INFLASI. WANG KERTAS akan mengalami KEJATUHAN NILAI.
Jadi, adakah wang kertas tu dianggap pelindung kekayaan?
6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan.
Jika anda belum menjadikan EMAS sebagi salah satu portfolio atau bentuk simpanan, anda boleh menjadikan EMAS dan PERAK sebagai bentuk simpanan anda untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Saya? Saya menyimpan sekurang-kurangnya 1gram emas untuk persekolahan anak-anak saya di masa hadapan. Jika ada lebih, beli dan simpan lebih gram. :)
Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk rakan-rakan semua. Apa yang penting, manfaat dari perkongsian ini akan menjadi SAHAM saya bila telah tiada di dunia ini kelak. Ins shaa Allah.
Berminat untuk memulakan simpanan emas ataupun mendapatkan barang kemas yang mempunyai rekaan terkini dan MURAH + TANPA KOS UPAH, boleh hubungi saya :
Tel|SMS|Whatsapp|Viber|Line|WeChat : 013 - 8 544 533
Emel : mardimarijo@gmail.com
FB : www.facebook.com/mardi.marijo
Fanpages : www.facebook.com/MyGSR4U
Jom lawati Kedai Online Emas Perak saya : http://gsr2u.com.my/mardimarijo
Selamat Berhujung Minggu.
No comments:
Post a Comment