05 July 2013

Persidangan dan Mesyuarat CIO Agensi Sektor Awam Negeri Sabah 2013

SEHARI SEBELUM PERSIDANGAN 

Sebagai Floor Manager, sedang berbincang dengan Pengacara Majlis tentang perjalanan persidangan dan mesyuarat yang bakal berlangsung.

Urusetia pulak sedang memeriksa aturcara yang bakal berjalan bagi mempastikan segalanya mengikut yang telah dirancang.

SEMASA PERSIDANGAN CIO (HARI PERTAMA)

 Puan Sumiati Salamat dari TM Malaysia sedang memberi sedikit info mengenai syarikat beliau.

Sempat posing sekejap bersama Dr Mingu Jumaan(2 dari kanan) Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, pembentang kertas persidangan, En Daniel Omardin(paling kanan) dari VMware Malaysia dan rakan-rakan dari Trend Micro Malaysia.





SEMASA PERSIDANGAN CIO (Hari Ke-2)

Floor manager yang turut menjadi pembentang kertas persidangan dengan tajuk "Perkembangan ICT Sektor Awam Negeri Sabah Wilayah Sandakan". Mula-mula getar juga kepala lutut, tapi bila "enjin sudah panas", susah rupanya mau berhenti bercakap....
Sedang menanti soalan dari para peserta yang hadir. Masa untuk bergegar pun kembali lagi, khuatir tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati para peserta yang bertanya.

Menerima cendera kenangan dari Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang juga merupakan Ketua CIO Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Joseph Guntavid.




No comments:

Post a Comment