19 June 2013

Syiling Perak


Rhinoceros Hornbill Silver Coin 1 oz 
Total Weight : 31.135 gram
Purity : 999
Diameter : 40.60 mm
Thickness : 2.55 mm
Mintage : 30,0000


1oz Harimau Malaya 2012 Silver Coin
Purity : 999
Diameter : 40.60 mm
Thickness : 2.55 mm
Mintage : 100,0000

Perak Bar/Jongkong

Produk Perak Bentuk Bar


1oz Bunga Raya Malaysia Silver Bar

BAR GSR dengan ketulenan 999 direka khusus untuk mereka yg mempunyai matlamat simpanan. Tiada kos buatan. Setiap produk GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin. Setiap produk bar didatangi dengan sijil ketulenan yang dilengkapi dengan pelekat hologram keselamatan. 
Berat : 31.14 gram
Dimensi : 5.0 x 2.9 x 0.2 (cm)


Produk Perak Bentuk Jongkong

Berat : 100 gram
Dimensi : 6.0 x 2.9 x 0.0 (cm)

 Berat : 100 gram
Dimensi : 6.0 x 3.9 x 0.0 (cm)

 Berat : 100 gram
Dimensi : 8.9 x 4.1 x 0.0 (cm)


Berat : 1000 gram
Dimensi : 11.4 x 4.1 x 0.0 (cm)

Permainan Monopoly PALING MAHAL DI DUNIA



Permainan Monopoly PALING MAHAL DI DUNIA. Permainan ini dihasilkan dari EMAS 18 karat. Permainan ini akan dipamerkan Museum of American Finance.

Permainan ini dianggarkan bernilai USD $ 2 Juta. Dadu yang digunakan berharga USD $10,000 dengan setiap nombor pada dadu tersebut adalah dari permata.

Permainan ini dihasilkan oleh Sidney Mobell(84 tahun), pembuat barang kemas terkenal di San Francisco dan telah memulakan usaha in pada tahun 1988. Pada ketika itu, harga emas berada di  paras $360 - $460 satu aun.

Sidney Mobell juga terkenal kerana menghasilkan pelbagai peralatan dari emas dan berlian.

Sumber : http://blogs.wsj.com/metropolis/2010/10/13/a-monopoly-board-thats-too-rich-for-boardwalk/

18 June 2013

Zakat Emas



Mari bersama-sama mempelajari perihal Emas dan Zakat.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. At- Taubah; ayat 34-35.

Istilah asas yang kita kena ketahui:
1. Nisab bermakna nilai yang dikenakan zakat.
2. Uruf bermakna nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat.
3. Haul bermakna tempoh masa iaitu setahun hijrah.

Contoh Pengiraan zakat  Emas :

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Kadar Uruf adalah mengikut negeri - negeri di Malaysia seperti berikut:

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
*(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008).

Contoh Pengiraan untuk Wilayah Persekutuan:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Sumber : http://www.zakat.com.my/zakat-emas.html

Zakat Perak


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  • Jongkong perak.
  • Matawang perak.
  • Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak.
  • Barang perhiasan/barang kemas perak.

Nisab dan kadar zakat perak.

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak.

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak.

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50

Sumber : http://www.zakat.com.my/zakat-perak.html

Senarai Seminar GSR Jun 2013


Tarikh : 22-06-2013
Masa : 02:30 PETANG
Tempat : AR TRAINING CENTRE, SHAH ALAM, SELANGOR

Tarikh 23-06-2013
Masa : 2:30 - 4:30 petang
Tempat : BILIK SEMINAR, AL SYIFA BUSINESS CENTRE, SEBELAH CIMB TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.

Tarikh : 29-06-2013
Masa : 9.00 -11.00 pagi
Tempat : BILIK SEMINAR B, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI TERENGGANU

Tarikh : 29-06-2013
Masa : 2:30 petang
Tempat : AR TRAINING CENTRE, SHAH ALAM, SELANGOR

Tarikh : 30-06-2013
Masa : 9 .30 pagi - 12.30 tgh
Tempat : HOTEL TYNG GARDEN, SANDAKAN, SABAH

Tarikh : 30-06-2013
Masa : 9:00 pagi
Termpat : HOTEL SERVINTON, TAWAU, SABAH

Tarikh : 07-07-2013
Masa : 2.30 PTG
Tempat : PUSAT BELIA ANTARABANGSA CHERAS KUALA LUMPUR

Tarikh : 29-06-2013
Masa : 2:00 PTG
Tempat : BILIK SEMINAR MASJID AL HASANAH BANDAR BARU BANGI

Tarikh : 22-06-2013
Masa : 9.00 -11.00 pagi
Tempat : INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Berminat Nak Pergi? Bole saja, Call|SMS|Whatsapp|Viber|LINE|WeChat Nama<>LOKASI dan HANTAR KE : 013-8 544 533.

Contoh SMS : MARDI MARIJO SANDAKAN

Jumpa di sana :)

Soal Jawab Zakat Emas dan Perak



Persoalan Lazim Berkaitan Zakat Emas dan Perak

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber:http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/)

Syarikat GSR


Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) menghasilkan antara produk-produk emas dan perak yang terbaik hari ini. Kami mempunyai polisi untuk menghasilkan produk yang mempunyai piawaian tertinggi dari segi ketulenan, berat, reka bentuk dan kualiti. Kami berurusan terus dengan pelanggan dan menghantar produk secara fizikal melalui laman web kami. 

100% ketulenan dijamin, InsyaAllah. 

  • Mengeluar Pelbagai Produk Berasaskan Emas dan Perak mampu milik.
  • Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar SAH. 
  • Memberi Pendidikan dan Kesedaran pentingnya menyimpan emas dan perak kepada rakyat Malaysia.



  • Menjadi gedung emas dan perak terbaik di Malaysia.
  • Mengangkat emas dan perak sebagai medium simpanan pilihan rakyat Malaysia. 

17 June 2013

16 June 2013

Kelebihan Menjadi Pengedar GSR


Di GSR, terdapat 2 jenis Keahlian.

1) FREE MEMBER
- Tiada BAYARAN.
- Harga produk Emas & Perak TIADA KOS UPAH.
- Selepas menjadi FREE MEMBER, boleh membeli belah.
- Setiap pembelian, ADA KOS PENGHANTARAN.

2) VIP MEMBER
- Yuran keahlilan.
- MESTI DAFTAR FREE MEMBER terlebih dahulu.
- Harga produk Emas & Perak TIADA KOS UPAH.
- Setiap pembelian produk Emas atau Perak akan diberikan HARGA DISKAUN.
- Setiap pembelian produk Emas atau Perak DIKECUALIKAN KOS PENGHANTARAN.
- Diberikan KEDAI EMAS & PERAK ONLINE.
- Diberikan JAKET EKSKLUSIF GSR.
- LAYAK menghadiri KURSUS KHAS anjuran GSR 2 hari 1 malam (bernilai RM 1,500) PERCUMA.
- Keahlian boleh DIWARISKAN.
- Diberikan Biznes Card sebanyak 200 keping.
- Diberikan 1 buku resit untuk tujuan jualan.
- Khairat kematian RM 500 (2 tahun pertama).

Pilihan di tangan anda.

* Ingin simpan Emas atau Perak dan MAU HARGA BORONG + HARGA DISKAUN + PERCUMA KOS PENGHANTARAN -> Jadi VIP MEMBER.

* Ingin jadi Peniaga Emas atau Perak -> Jadi VIP MEMBER.

* Ingin simpan Emas atau Perak tapi TAK MAU HARGA DISKAUN, TAK MAU KOS PENHANTARAN PERCUMA -> Jadi FREE MEMBER.

Ingin DAFTAR MEMBER, klik link ini : http://gsr2u.com.my/mardimarijo

Ada pertanyaan ? Boleh Call|SMS|Whatsapp|Viber|Line|WeChat : 013 - 8 544 533.

Kursus Windows 7 & OpenOffice Writer Pertengahan


* Semua serius betul


* sekali acara bebas, nah, fasilitator yang banyak stail :)


Bersama rakan-rakan semasa kursus Windows 7 & OpenOffice Writer Tahap Pertengahan :

Tarikh : 11 & 12 Jun 2013
Tempat : Makmal Komputer Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Sandakan

Dirham



APA ITU DIRHAM ?

Dirham ialah syiling perak. Ia adalah mata wang syariah, selain itu juga dirham boleh digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan perantara, hadiah, sedekah dan diyah.

PIAWAIAN UMAR AL KHATTAB

Khalifah islam kedua, Saidina Umar al-Khattab (R.A) telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas tetapi kepada berat logam-logam tersebut.

DIRHAM MATA WANG SYARIAH

Nas dan dalil telah menyebut dan mengaitkan banyak penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya adalah zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil, dinar turut menjadi asas untuk penilaian (zakat, dan lain-lain) dengan ukurun tertentu, berbanding dengan lain-lain syiling yang bukan syarii.

"Ketahuilah adanya ijma berat sepuluh dirham syariah itu bersamaan dengan tujuh mithqal (berat dinar) emas. Berat satu mithqal emas ialah tujuh puluh dua biji barli . Semua ukuran dan timbangan ini sudah pun sepakat diterima. (Ibn Khaldun,al-Muqaddimah)

ASAL USUL DINAR DIRHAM

Pada mulanya orang islam menggunakan emas dan perak mengikut berat iaitu denarius (syiling emas) daripada empayar Romawi dan Drachma (syiling perak) daripada empayar Sasan, Parsi yang berlegar sebagai mata wang pada waktu itu.

Apabila Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa sallam dipilih sebagai Rasul, kedua-dua syiling itu dikenali oleh masyarakat Arab sebagai dinar dan dirham, dinaikkan taraf sebagai mata wang rasmi dalam urusan perniagaan. Di zaman keempat-empat Khulafah Al-Rashidin, kalimah-kalimah tauhid seperti La ilaha illallah, Alhamdulillah, Bismillah, Bismillahi Rabbi, Rabbi Allah telah diukir pada drachma empayar Sasan yang masih mengekalkan gambar Maharaja Sasan pada masa itu.

Semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan radhiy allahu anhu, buat pertama kalinya orang Islam mencatat tarikh takwim Islam dan tempat ia ditempa pada drachma perak Maharaja Sasan, Yezdigird III.
Syiling-syiling dinar dan dirham ini berbeza daripada yang terdahulu kerana pada bahagian hadapan terdapat tulisan Bismillah dalam bahasa Arab. Selepas itu, menjadi kebiasaan syiling dinar dan dirham yang ditempa orang islam mengandungi nama Allah dan sebagian ayat al-Quran.

DIRHAM ISLAM PERTAMA

Pada tahun 77 hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-stiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.

Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illallah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi beserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram.

Dua tahun kemudian dirham islam dengan corak baru itu ditempa pada berat terkawal 2.97 gram. Pada bahagian haapan tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilahu illallah wahduhu La syari kalah. Di bahagian belakang tertera surah al-Ikhlas dan sebahagian surah at-Taubah ayat 33.

Dinar dan dirham bercorak biru itu berbentuk bulat dan biasanya dihiasi dengan tahlil dan tahmid iaitu La ilaha illallah dan Alhamdulillah di satu nuka dan nama Amir atau Wazir, tarikh dan tempat ia ditempa pada muka yang lain.

Dengan tertempanya dinar dan dirham sedemikian, Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah melaksanakan ketetapan Piawaian Umar al.khattab kepada kedua-dua mata wang syariah itu.

AYAT QURAN DI DINAR DIRHAM

Taqyuddin Al-Maqrizi dalam kitabnya Ighatatul ummah bi kash fil ghummah merujuk kepada imam Malik ibn Anas radhiy allahu anhu tentang hal ini. Imam Malik ditanya tentang perlu mengubah tulisan dalam syiling dirham dan dinar kerana tertera ayat Quran. Dia menjawab;

"Banyak orang menjalankan kaedah agama ketika syiling pertama ditempa pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Dan tak seorangpun melarangnya dan saya tidak  pernah menemukan seorang ulama pun yang melarangnya, meskipun telah sampai kepada saya bahawa Ibn Sirim (seorang Tabi'in yang dikenal sebagai perawi hadith-meninggal 110H) membenci penggunaan syiling-syiling tersebut dalam jual beli, masyarakat tetap menggunakannya dan saya tidak pernah melihat seorang pun yang melarangnya di sini (di Kota Madinah)".

Abd al-Malik ibn Marwan sendiri pernah ditegur oleh seorang mengenai hal tersebut yang kisahnya juga diriwayatkan oleh Maqrizi;
Dirham putih ini tertera ayat Quran dan dipegang oleh orang Yahudi, Kristian,dan orang-orang yang tidak suci (tidak dalam keadaan berwuduk) dan perempuan-perempuan yang sedang haid. Sebaiknya anda menghapuskannya. 'Jawapan sang Khalifah, Apakah anda menghendaki kaum lain menuduh kita menghapuskan keyakinan akan tauhid dan nama Rasul salallahu 'alalihi wasallam?"

DIRHAM MASA KINI

Dirham masa kini ditempa mengikut Piawaan Umar al-Khattab. Setiap dirham ialah seberat 2.975 gram perak tulin (999). Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islam Mint (WIM), badan dunia pertama yang mempekenalkan semula semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.

KEPENTINGAN DIRHAM

Sejak permulaan islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun1925, dinar dan dirham merupakan mata wang rasmi orang dalam urusan berjual beli harian, membayar zakat, mahar dan lain-lain lagi.

Dinar dan dirham ialah mata wang syariah . Penggunaan semula dinar dan dirham secara meluas dalam semua jenis urusan kewangan akan membolehkan kita menegakkan semula hukum-hukum syariah dalam bermuamalat di samping mengembalikan kekayaan sebenar kepada masyarakat.

Sebelum mata wang diperkenalkan mata wang emas dan perak juga tidak asing bagi orang bukan Islam. Kesemua tamadun besar dunia di Eropah, India, China, Afrika turut menggunakan syiling emas dan perak malah kedua-dua syiling itu juga amat rapat dengan kehidupan dan kebudayaan harian mereka.

KEBEBASAN

Kembalilah kepada mata wang emas dan perak. Dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertilan. Dinar dan dirham ialah  jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.

Bar/Jongkong Emas




GSR mengeluarkan produk dalam bentuk Bar/Jongkong dari seberat 1g, 5g dan 10g. 

Dinar Syifa GSR




Dinar emas SYIFA GSR dengan ketulenan 917 direka khusus untuk mereka yg mempunyai matlamat simpanan. Tiada kos buatan. Setiap produk GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin. Setiap produk bar didatangi dengan sijil ketulenan yang dilengkapi dengan pelekat hologram keselamatan. 

Dinar

APA ITU DINAR ?

Dinar ialah syiling emas. Ia adalah mata wang syariah, selain itu juga dinar emas digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan perantara, hadiah, sedekah dan diyah.

PIAWAIAN UMAR AL KHATTAB

Khalifah islam kedua, Saidina Umar al-Khattab (R.A) telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas tetapi kepada berat logam-logam tersebut.

Diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram.

DINAR MATA WANG SYARIAH

Nas dan dalil telah menyebut dan mengaitkan banyak penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya adalah zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil, dinar turut menjadi asas untuk penilaian (zakat, dan lain-lain) dengan ukurun tertentu, berbanding dengan lain-lain syiling yang bukan syarii.
"Ketahuilah adanya ijma berat sepuluh dirham syariah itu bersamaan dengan tujuh mithqal (berat dinar) emas. Berat satu mithqal emas ialah tujuh puluh dua biji barli . Semua ukuran dan timbangan ini sudah pun sepakat diterima. (Ibn Khaldun,al-Muqaddimah)

ASAL USUL DINAR

Pada mulanya orang islam menggunakan emas dan perak mengikut berat iaitu denarius (syiling emas) daripada empayar Romawi sebagai mata wang pada waktu itu.

Apabila Nabi Muhammad(S.A.W.) dipilih sebagai Rasul, syiling emas itu dikenali oleh masyarakat Arab sebagai dinar, dinaikkan taraf sebagai mata wang rasmi dalam urusan perniagaan.

Syiling dinar ini berbeza daripada yang terdahulu kerana pada bahagian hadapan terdapat tulisan Bismillah dalam bahasa Arab. Selepas itu, menjadi kebiasaan syiling dinar dan dirham yang ditempa orang islam mengandungi nama Allah dan sebagian ayat al-Quran.

DINAR ISLAM PERTAMA

Pada tahun 77 hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-stiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.

Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illallah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi beserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram.

Dua tahun kemudian dirham islam dengan corak baru itu ditempa pada berat terkawal 2.97 gram. Pada bahagian haapan tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilahu illallah wahduhu La syari kalah. Di bahagian belakang tertera surah al-Ikhlas dan sebahagian surah at-Taubah ayat 33.

Dinar bercorak biru itu berbentuk bulat dan biasanya dihiasi dengan tahlil dan tahmid iaitu La ilaha illallah dan Alhamdulillah di satu nuka dan nama Amir atau Wazir, tarikh dan tempat ia ditempa pada muka yang lain.

Dengan tertempanya dinar sedemikian, Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah melaksanakan ketetapan Piawaian Umar al.Khattab kepada kedua-dua mata wang syariah itu.

AYAT QURAN DI DINAR

Taqyuddin Al-Maqrizi dalam kitabnya Ighatatul ummah bi kash fil ghummah merujuk kepada imam Malik ibn Anas(R.A.) tentang hal ini. Imam Malik ditanya tentang perlu mengubah tulisan dalam syiling dinar kerana tertera ayat Quran. Dia menjawab;

" Banyak orang menjalankan kaedah agama ketika syiling pertama ditempa pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Dan tak seorangpun melarangnya dan saya tidak  pernah menemukan seorang ulama pun yang melarangnya, meskipun telah sampai kepada saya bahawa Ibn Sirim ( seorang Tabi'in yang dikenal sebagai perawi hadith-meninggal 110H) membenci penggunaan syiling-syiling tersebut dalam jual beli, masyarakat tetap menggunakannya dan saya tidak pernah melihat seorang pun yang melarangnya di sini (di Kota Madinah)

Abd al-Malik ibn Marwan sendiri pernah ditegur oleh seorang mengenai hal tersebut yang kisahnya juga diriwayatkan oleh Maqrizi;

Dirham putih ini tertera ayat Quran dan dipegang oleh orang Yahudi, Kristian,dan orang-orang yang tidak suci (tidak dalam keadaan berwuduk) dan perempuan-perempuan yang sedang haid. Sebaiknya anda menghapuskannya. 'Jawapan sang Khalifah, Apakah anda menghendaki kaum lain menuduh kita menghapuskan keyakinan akan tauhid dan nama Rasul salallahu 'alalihi wasallam?"

PIAWAIAN DINAR

Dinar masa kini ditempa mengikut Piawaan Umar al-Khattab. Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (916/917) . Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islam Mint (WIM), badan dunia pertama yang mempekenalkan semula semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.

KEPENTINGAN DINAR

Sejak permulaan islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun1925, dinar dan dirham merupakan mata wang rasmi orang dalam urusan berjual beli harian, membayar zakat, mahar dan lain-lain lagi.

Dinar dan dirham ialah mata wang syariah . Penggunaan semula dinar dan dirham secara meluas dalam semua jenis urusan kewangan akan membolehkan kita menegakkan semula hukum-hukum syariah dalam bermuamalat di samping mengembalikan kekayaan sebenar kepada masyarakat.

Sebelum mata wang diperkenalkan mata wang emas dan perak juga tidak asing bagi orang bukan Islam. Kesemua tamadun besar dunia di Eropah, India, China, Afrika turut menggunakan syiling emas dan perak malah kedua-dua syiling itu juga amat rapat dengan kehidupan dan kebudayaan harian mereka.

KEBEBASAN

Kembalilah kepada mata wang emas dan perak. Dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertilan. Dinar dan dirham ialah  jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.