18 June 2013

Zakat Perak


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  • Jongkong perak.
  • Matawang perak.
  • Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak.
  • Barang perhiasan/barang kemas perak.

Nisab dan kadar zakat perak.

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak.

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak.

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50

Sumber : http://www.zakat.com.my/zakat-perak.html

No comments:

Post a Comment