APA ITU DINAR ?
Dinar ialah syiling emas. Ia adalah mata wang syariah, selain itu juga dinar emas digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan perantara, hadiah, sedekah dan diyah.
PIAWAIAN UMAR AL KHATTAB
Khalifah islam kedua, Saidina Umar al-Khattab (R.A) telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas tetapi kepada berat logam-logam tersebut.
Diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram.
DINAR MATA WANG SYARIAH
Nas dan dalil telah menyebut dan mengaitkan banyak penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya adalah zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil, dinar turut menjadi asas untuk penilaian (zakat, dan lain-lain) dengan ukurun tertentu, berbanding dengan lain-lain syiling yang bukan syarii.
"Ketahuilah adanya ijma berat sepuluh dirham syariah itu bersamaan dengan tujuh mithqal (berat dinar) emas. Berat satu mithqal emas ialah tujuh puluh dua biji barli . Semua ukuran dan timbangan ini sudah pun sepakat diterima. (Ibn Khaldun,al-Muqaddimah)
ASAL USUL DINAR
Pada mulanya orang islam menggunakan emas dan perak mengikut berat iaitu denarius (syiling emas) daripada empayar Romawi sebagai mata wang pada waktu itu.
Apabila Nabi Muhammad(S.A.W.) dipilih sebagai Rasul, syiling emas itu dikenali oleh masyarakat Arab sebagai dinar, dinaikkan taraf sebagai mata wang rasmi dalam urusan perniagaan.
Syiling dinar ini berbeza daripada yang terdahulu kerana pada bahagian hadapan terdapat tulisan Bismillah dalam bahasa Arab. Selepas itu, menjadi kebiasaan syiling dinar dan dirham yang ditempa orang islam mengandungi nama Allah dan sebagian ayat al-Quran.
DINAR ISLAM PERTAMA
Pada tahun 77 hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-stiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.
Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illallah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi beserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram.
Dua tahun kemudian dirham islam dengan corak baru itu ditempa pada berat terkawal 2.97 gram. Pada bahagian haapan tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilahu illallah wahduhu La syari kalah. Di bahagian belakang tertera surah al-Ikhlas dan sebahagian surah at-Taubah ayat 33.
Dinar bercorak biru itu berbentuk bulat dan biasanya dihiasi dengan tahlil dan tahmid iaitu La ilaha illallah dan Alhamdulillah di satu nuka dan nama Amir atau Wazir, tarikh dan tempat ia ditempa pada muka yang lain.
Dengan tertempanya dinar sedemikian, Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah melaksanakan ketetapan Piawaian Umar al.Khattab kepada kedua-dua mata wang syariah itu.
AYAT QURAN DI DINAR
Taqyuddin Al-Maqrizi dalam kitabnya Ighatatul ummah bi kash fil ghummah merujuk kepada imam Malik ibn Anas(R.A.) tentang hal ini. Imam Malik ditanya tentang perlu mengubah tulisan dalam syiling dinar kerana tertera ayat Quran. Dia menjawab;
" Banyak orang menjalankan kaedah agama ketika syiling pertama ditempa pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Dan tak seorangpun melarangnya dan saya tidak pernah menemukan seorang ulama pun yang melarangnya, meskipun telah sampai kepada saya bahawa Ibn Sirim ( seorang Tabi'in yang dikenal sebagai perawi hadith-meninggal 110H) membenci penggunaan syiling-syiling tersebut dalam jual beli, masyarakat tetap menggunakannya dan saya tidak pernah melihat seorang pun yang melarangnya di sini (di Kota Madinah)
Abd al-Malik ibn Marwan sendiri pernah ditegur oleh seorang mengenai hal tersebut yang kisahnya juga diriwayatkan oleh Maqrizi;
Dirham putih ini tertera ayat Quran dan dipegang oleh orang Yahudi, Kristian,dan orang-orang yang tidak suci (tidak dalam keadaan berwuduk) dan perempuan-perempuan yang sedang haid. Sebaiknya anda menghapuskannya. 'Jawapan sang Khalifah, Apakah anda menghendaki kaum lain menuduh kita menghapuskan keyakinan akan tauhid dan nama Rasul salallahu 'alalihi wasallam?"
PIAWAIAN DINAR
Dinar masa kini ditempa mengikut Piawaan Umar al-Khattab. Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (916/917) . Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islam Mint (WIM), badan dunia pertama yang mempekenalkan semula semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.
KEPENTINGAN DINAR
Sejak permulaan islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun1925, dinar dan dirham merupakan mata wang rasmi orang dalam urusan berjual beli harian, membayar zakat, mahar dan lain-lain lagi.
Dinar dan dirham ialah mata wang syariah . Penggunaan semula dinar dan dirham secara meluas dalam semua jenis urusan kewangan akan membolehkan kita menegakkan semula hukum-hukum syariah dalam bermuamalat di samping mengembalikan kekayaan sebenar kepada masyarakat.
Sebelum mata wang diperkenalkan mata wang emas dan perak juga tidak asing bagi orang bukan Islam. Kesemua tamadun besar dunia di Eropah, India, China, Afrika turut menggunakan syiling emas dan perak malah kedua-dua syiling itu juga amat rapat dengan kehidupan dan kebudayaan harian mereka.
KEBEBASAN
Kembalilah kepada mata wang emas dan perak. Dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertilan. Dinar dan dirham ialah jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.
No comments:
Post a Comment