27 July 2013

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

 Assalamualaikum dan Salam Sabtu.

Pasti ramai yang sedang berehat dengan ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka(kejap ja lagi). Beberapa rakan saya bertanyakan mengapa PERLU SIMPAN EMAS berbanding yang lain.


1. Nilai WANG KERTAS semakin jatuh.

Saya baru sahaja kembali dari membeli belanja rumah di salah sebuah pasaraya di Sandakan, Sabah. Saya memang sering ke pasaraya ini kerana mempunyai kemudahan meletak kereta yang luas dan memudahkan pengunjung.

Saya dapati untuk jumlah barang yang sama(maklum la setiap bulan membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama), RM yang dibayar lebih TINGGI dari bulan-bulan sebelumnya. 

Saya masih ingat dahulu, sekitar tahun 80an dan 90an, dengan RM 50 sahaja, begitu banyak barang yang dapat dibeli. Kini, dengan jumlah yang sama, kuantiti barang menjadi kurang disebabkan HARGA pada barang tersebut telah MENINGKAT.

2. Harga emas SEMAKIN NAIK untuk jangka masa PANJANG.

Berdasarkan kepada rekod harga EMAS seperti pada rajah di sebelah kanan ini yang diambil dari goldprice.org, jelas menunjukkan kenaikkan harga emas.

Betul pada beberapa bulan lepas, harga emas mengalami penurunan. Namun, saya percaya, SEJARAH PASTI AKAN BERULANG.



3. Emas adalah ASET mudah CAIR.

Emas baik barang kemas, dinar atau pun gold bar amat mudah untuk dicairkan atau ditukarkan kepada bentuk mata wang lain seperti wang kertas.

Kita boleh pergi ke PAJAK GADAI RAHNU, KEDAI EMAS atau orang perseorangan untuk menukar barang kemas kita kepada wang kertas tanpa perlu mendapat kelulusan pihak lain terlebih dahulu. 

Jika ingin menukar pun TIDAK TERTAKLUK kepada MASA. Biasanya KEDAI EMAS tetap dibuka pada hari SABTU, AHAD dan CUTI UMUM. 


4. Emas TIDAK BOLEH DICIPTA atau DIMANIPULASI.

Unsur logam EMAS satu-satu unsur yang TIDAK DAPAT DICIPTA oleh MANUSIA.

Kebijaksanaan dan kepintaran para saintis MASIH GAGAL untuk menghasilkan unsur EMAS.

Sebab itu, jumlah emas yang ada pada ketika ini merupakan jumlah yang sama semenjak beribu tahun yang lalu.



5. Pelindung kekayaan terhadap INFLASI.

Apabila INFLASI berlaku, kuasa membeli semakin MENURUN, harga barang semakin MENAIK.

Pelindung = Penjaga, Melindungi
Kekayaan = harta,  duit,
Emas sifat dia menentang inflasi berbanding aset/harta yg lain.

Contohnya : Pak Abu simpan WANG KERTAS sebagai kekayaan. Apabila berlaku kemelesetan EKONOMI, berlaku INFLASI. WANG KERTAS akan mengalami KEJATUHAN NILAI. 

Jadi, adakah wang kertas tu dianggap pelindung kekayaan?


6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan.


Jika anda belum menjadikan EMAS sebagi salah satu portfolio atau bentuk simpanan, anda boleh menjadikan EMAS dan PERAK sebagai bentuk simpanan anda untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Saya? Saya menyimpan sekurang-kurangnya 1gram emas untuk persekolahan anak-anak saya di masa hadapan. Jika ada lebih, beli dan simpan lebih gram. :)


Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk rakan-rakan semua. Apa yang penting, manfaat dari perkongsian ini akan menjadi SAHAM saya bila telah tiada di dunia ini kelak. Ins shaa Allah.

Berminat untuk memulakan simpanan emas ataupun mendapatkan barang kemas yang mempunyai rekaan terkini dan MURAH + TANPA KOS UPAH, boleh hubungi saya :

Tel|SMS|Whatsapp|Viber|Line|WeChat : 013 - 8 544 533
Emel : mardimarijo@gmail.com
FB : www.facebook.com/mardi.marijo
Fanpages : www.facebook.com/MyGSR4U

Jom lawati Kedai Online Emas Perak saya : http://gsr2u.com.my/mardimarijo

Selamat Berhujung Minggu.



23 July 2013

KURSUS PROFESIONAL & KEUSAHAWAN EMAS PERAK SIRI 5





Kursus ini adalah diberikan PERCUMA kepada semua pengedar. Inilah antara kelebihan GSR, kursus yang bernilai RM 1,500.00 diberikan PERCUMA.

Kursus yang ke-5 ini merupakan yang PERTAMA kali diadakan di SABAH. Keprihatinan GSR membawa kursus ini ke Sabah bagi memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya yang tidak berkesempatan menghadiri kursus serupa di Semenanjung Malaysia.

Kepada mereka yang berminat menyertai perniagaan emas, sila SMS | Whatsapp | Viber | LINE | WeChat : NAMA<>NO TEL<>LOKASI ke 013-8 544 533.


20 July 2013

EMAS 350g utk JOHAN TILAWAH AL-QURAN 2013


KUALA LUMPUR,Julai (Bernama) — Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir Sabtu malam dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.

Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.
“Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik,” kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.
Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.
“Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini,” kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.
“Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini,” kata penjawat JAKIM ini.
Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.
Tilawah yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius.
– BERNAMA

19 July 2013

Bilakah masa yang sesuai membeli emas?

Saya mendapat beberapa pertanyaan yang hampir serupa dari rakan-rakan tentang bila masa sesuai untuk membeli emas? 

Ini antara masa yang sesuai.

i) Bila anda mempunyai WANG & KESEDARAN. Bila sampai ke tahap ini, teruslah membeli dan JANGAN BERLENGAH LAGI.




ii) Beli semasa harga emas TURUN sedikit seperti SEKARANGIni tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi. Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya, cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.

iii) Beli secara KONSISTEN SETIAP BULAN. Peruntukkan sebahagian gaji anda, sebagai contoh 20% untuk simpanan emas. Atau letakkan target 1 bulan 1 dinar/1 gram atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda.

09 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI SAYA SECARA ONLINE ATAU OFFLINE.

Semoga RAMADHAN AL-MUBARAK ini menjadi medan keberkatan REZEKI DAN USAHA PERNIAGAAN KITA AGAR TERUS MAJU DAN CEMERLANG.

Saya doakan ANDA SEMUA BERJAYA, KAYA, SIHAT, DIBERKATI DAN SELAMAT DI DUNIA & AKHIRAT.

SELAMAT BERPUASA

Ikhlas,
Mardi Marijo

07 July 2013

Seminat GSR di Sandakan

Acara : Seminar GSR
Tempat : Hotel Tyng Garden, Sandakan, Sabah
Tarikh : 30 Jun 2013 (AHAD)

Pemenang cabutan bertuah, sebentuk cincin 916 semasa seminar GSR yang lalu. 










05 July 2013

Persidangan dan Mesyuarat CIO Agensi Sektor Awam Negeri Sabah 2013

SEHARI SEBELUM PERSIDANGAN 

Sebagai Floor Manager, sedang berbincang dengan Pengacara Majlis tentang perjalanan persidangan dan mesyuarat yang bakal berlangsung.

Urusetia pulak sedang memeriksa aturcara yang bakal berjalan bagi mempastikan segalanya mengikut yang telah dirancang.

SEMASA PERSIDANGAN CIO (HARI PERTAMA)

 Puan Sumiati Salamat dari TM Malaysia sedang memberi sedikit info mengenai syarikat beliau.

Sempat posing sekejap bersama Dr Mingu Jumaan(2 dari kanan) Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, pembentang kertas persidangan, En Daniel Omardin(paling kanan) dari VMware Malaysia dan rakan-rakan dari Trend Micro Malaysia.





SEMASA PERSIDANGAN CIO (Hari Ke-2)

Floor manager yang turut menjadi pembentang kertas persidangan dengan tajuk "Perkembangan ICT Sektor Awam Negeri Sabah Wilayah Sandakan". Mula-mula getar juga kepala lutut, tapi bila "enjin sudah panas", susah rupanya mau berhenti bercakap....
Sedang menanti soalan dari para peserta yang hadir. Masa untuk bergegar pun kembali lagi, khuatir tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati para peserta yang bertanya.

Menerima cendera kenangan dari Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang juga merupakan Ketua CIO Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Joseph Guntavid.